SuperHero

yoo semua ! opps ! hehe assalamualaikum ?
sihat kah semua rakan-rakan seperjuangan sekalian ? * angguk kepala * ya bagus ! hoho * ketawa kuat *

fake . fake . saree fake -.- saree bangun pagi tadi dengan mata panda . * tu lah . menangis lagi banyak-banyak . kan dah dapat mata panda free -.- *


hm nak update apa ek ? okay . firstly , cantik tak gambar dekat atas ni ? tahu dah nak cakap tak cantik kan -.- taman ni terletak sebelah rumah saree je . actually , tempat ni banyak kenangan . pahit manis . suka duka . semua nya di sini * start sedih dah ni * huhu

saree bahasa kan si dia sebagai superhero okay ? nice . first time saree jumpa * sesi perkenalan * dengan superhero dekat sini lah . time malam tu kitorang sama-sama pakai tshirt putih . er macam janji kan . hehe 

start daripada tu , tempat ni lah yang selalu jadi tempat date kitorang . kenapa ? ya . memang tak standard macam korang yang jumpa dekat shopping mall bagai . tapi saree bahagia apa ada nya . hampir tiga tahun tempat ni berjasa kepada saree dan superhero . 

kalau kitorang ada salah faham , dekat sini lah kami berbincang dan berdamai . kalau rindu , sini lah tempatnya kitorang jumpa . semuanya di sini . kalau malam kitorang akan duduk atas bulatan ni , then lawan kira bintang sama-sama . tengok bulan penuh . sweet sangat masa tu . 


dulu bulatan ni cantik . warna warni . ada colour biru . ada colur kuning dengan maroon kalau tak silap saree . cantik . tapi lepas superhero saree pindah , kitorang dah tak jumpa dekat sini lagi . superhero akan datang rumah saree . and kitorang just jumpa depan rumah saree je . tempat ni terbiar . tapi saree selalu tengok tempat ni bila saree balik sini . saree rindu semua kenangan saree dekat sini . rindu sangat . saree rindu nak kira bintang sama-sama lagi dengan dia dekat atas ni . 

saree akan ingat tempat ni seumur hidup saree . even kitorang tak dating dekat tempat yang exclusive , it's okay . saree cukup happy dengan semua ni . saree bersyukur ada superhero macam ni . 

saree sayang dia sangat . dia satu-satu nya lelaki yang terima apa adanya saree dari dulu sampai sekarang . dia tak pernah complain saree . dia tak pernah nak ambik kesempatan dekat saree . dia selalu protect saree . tahu tak ? saree selalu menangis kalau dia nak balik * lepas jumpa tu * sebab saree takut tak dapat jumpa dia lagi . nanti dia lah yang lap kan airmata saree masa tu . 

tak kira mesej ke , call ke , even jumpa pun sambil senyum dia selalu cakap ' saya tahu rusuk yang ada pada awak ni , saya punya ' . seriously , saree sebak sangat bila dia cakap macam tu . dia lelaki pertama yang saree sangat sayang selepas abah sebab sikap dia yang sangat penyayang dan jujur . sikap penyayang dia ni , buat saree selesa bila dengan dia . saree boleh cakap apa yang saree nak . pasal masalah saree dekat sekolah , pakaian saree , semua nya . dia sentiasa bagi pendapat jujur and saree boleh terima semua tu  paling penting , dia hormat ibu dengan abah saree . dia sangat gentle . that's why saree panggil dia SUPERHERO


gambar ni di ambil masa raya 2012 - jusco , tebrau city , johor bahru .  time ni , first time saree keluar sama-sama dengan dia setelah hampir lima tahun kenal . saree harap , indah perkenalan kami tak kan berhenti di sini . kata orang ajal maut , jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan . saree sentiasa berdoa agar Allah panjang kan jodoh kami hingga akhir hayat dan berikan jalan terbaik buat kami . 

ya . kadang-kadang memang saree tak tahu macam mana nak tunjuk sayang saree dekat dia . tapi Tuhan saja yang tahu macam mana saree sayang dia . satu hari nanti kalau dia sah jadi suami sareee , in shaa Allah saree akan jadi yang terbaik untuk dia .

awak , saya sayang awak . maybe awak tak tahu saya tulis pasal kita ni , saya mintak maaf kalau awak tak suka . saya tulis ni , sebab saya sayang awak sangat . at least kalau umur saya tak panjang , ada orang yang tahu isi hati saya dan akan beritahu pada awak .

tu je yang saree nak share malam ni . selamat malam semua .