nice #3 - nasihat kubur .

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dg PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".

nice #2 - pesan imam al-ghazali


1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribada
h daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

nice #1 - hikmah ayat kursi :)

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap² sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi² serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

#lagu - NOKTAH by HAZAMA


okay , seperti yang di janjikan ! ni lagu dia . 
touching . sobsobsob ! hehe


dalam ni dah ada lirik , malas pulak nak tulis balik . hehe


this song , for someone that are very special , mr . sweety . i hope he will read , and listen to this song :')

haiyaa ! apa lagi mau tunggu maa ? tekan play ! hehee 
semoga terhibur :)

ronggeng #2 - abah , duit dah habis . hehe


assalamualaikum semua . selamat petang :)



awak apa khabar ? awak sihat ?
lama jugak saree tak bukak belog ni . berhabuk sikit . fuhh ! hee 
semalam ( 3 october 2012 ) , pegi keluar dengan kawan-kawan , lamaa tak jumpa . hehe pegi mana ? hm jusco je . tu lah yang dekat . niat utama nak jalan-jalan dengan tengok movie je , mula-mula tu memang sahih la pegi tengok movie je . movie apa ? ni ha . 


apa celop toqq . bestfriend tu ha sebok sangat nak tengok cerita ni -.- cerita ni boleh tahan lah . gelak-gelak je . orang dok nengok je kau ni hehe
dalam tu , ada Hazama nyanyi lagu dia , Noktah . touching maa :')
sedih jugak . tapi takde laa menangis pun , nanti kena ketawa kan jee -.-

then ? hah ! hambik kau shopping lah apa lagi !
3/4 daripada duit yang abah bagi , habis dekat situ -.- alaa . ni baru first round abah . hehe


time cuti semester macam ni , memang ekonomi kewangan merosot -.- apa boleh buat kann . so , beli baju pun dekat Giordano je lahh . tu je yang termampu . hee . 
sebelum naik semester baru ni , mesti ada sale sebab dah hujung tahun . time tu , shopping lagi ya ! haha

okay , nak cerita tu je . hehe lepas ni nak update lagu Hazama pulak , Noktah . dah jatuh cinta dengan lagu tu . terus pegi newer page ea ? tak tau ? -.- alah arrow yang ke kiri tu . hehee babai ;)